“Kami Ambil Hal Ini Secara Serius” – Isu Curi Rakam Dalam Pawagam, GSC Buat Laporan

Hiburan

“Kami Ambil Hal Ini Secara Serius” – Isu Curi Rakam Dalam Pawagam, GSC Buat Laporan

Baru-baru ini, tindakan adik kepada Neelofa iaitu Nur Ameera Khan yang didakwa memuat naik adegan filem House of Gucci dalam media sosial dikecam netizen.

Perkongsian adegan filem House of Gucci dalam media sosial itu menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana filem terbabit belum ditayangkan di Malaysia.

Advertisement

Menerusi ciapan Twitter, Golden Screen Cinemas (GSC) menyatakan mereka memandang serius insiden perkongsian sedutan filem House of Gucci ke media sosial dan sudah mengambil tindakan lanjut bagi menjaga kepentingan pemegang hak karya berkenaan.

Rakam kandungan filem adalah tidak dibenarkan. Kami mengambil maklum hal ini secara serius.

Kenyataan itu dikeluarkan GSC ketika membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang membangkitkan perbuatan merakam Ameera Khan itu  seolah dibenarkan pemilik pawagam terbabit.

Menurut GSC, pengedar filem House of Gucci iaitu United International Pictures (UIP) sudah dimaklumkan mengenai insiden itu untuk tindakan lanjut.

Walaubagaimanapun, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan masih mengunci mulut berhubung insiden itu.

Ameera Khan House Of Gucci
3 years ago

Rakam Video Dalam Pawagam, Ameera Khan Jadi Bahan Kutukan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...