March 31st, 2020

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menerusi Instagramnya menyenaraikan enam permintaan kepada kerajaan untuk memohon bantuan khas untuk golongan artis yang terjejas akibat COVID-19, tidak dapat mencari hasil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

seniman bantuan khas artis pkp

Bantuan Khas Covid-19 Penggiat Seni Malaysia (COVIDSENI-2020) yang dibentangkan itu mendapat tentangan dan kecaman daripada netizen. Mereka menyifatkan cadangan tersebut sangat tidak masuk akal dan golong ini terlalu ‘demand’ mengalahkan petugas barisan hadapan yang banyak berkorban serta bertungkus lumus menangani penularan wabak COVID-19.

Tampil menjelaskan isu tersebut, Zed berkata sebenarnya berlaku sedikit salah faham sehingga ia menjadi pertikaian ramai pihak. Menurutnya, cadangan itu sudah dibentangkan sebelum kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

netizen bengang artis minta bantuan kerajaan

Ini salah satu inisiatif karyawan seni yang dibuat mengikut saluran yang betul, merangkumi proses dan prosedurnya. Cuma, ketika itu kerajaan belum memperkenalkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apapun, kami dah dapat maklumat awal berkenaan pembentangan terbabit, jadi kami cadangkan apa yang dimahukan dalam kertas kerja dibuat.

netizen bengang artis minta bantuan kerajaan

Zed berkata, apa yang telah dicadangkan sebelum ini dibuat menerusi input yang diambil daripada pandangan ahli berkenaan apa yang dikehendaki dan perlu dilakukan. Pada masa yang sama, dia memberitahu pihaknya akur apabila golongan artis tersenarai dalam golongan B40 dan M40.

Sama ada terima atau tidak bukanlah isu. Cuma kami sampaikan pandangan yang diluahkan oleh akar umbi. Macam-macam pandangan diterima dan kami masukkan semuanya dalam kertas kerja cadangan ini.

netizen bengang artis minta bantuan kerajaan

Ia juga bersesuaian dengan keadaan sekarang. Malah, apabila kami siapkannya, pengumuman belum dibuat oleh Perdana Menteri. MoF akan tengok mana-mana yang bersesuaian, boleh atau tidak. Kalau tak boleh, mereka akan buat pertimbangan letakkan kami di mana dan barulah PM akan umumkan.

Begitulah prosesnya. Itu adalah cadangan sebelum pembentangan dan kami juga akur apabila PM meletakkan golongan artis dalam kategori B40 dan M40.

Terdahulu, rata-rata netizen bengang dengan cadangan Persatuan Seniman Malaysia yang meminta pelbagai dana khas dan bantuan bernilai sehingga RM3,000. Malah, mereka mencadangkan penggiat seni yang tiada KWSP mendapat sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh 6 bulan. Apa yang diminta melebih-lebih sedangkan petugas barisan hadapan serta petugas kesihatan yang kini bertungkus lumus serta pertaruhkan nyawa untuk menangani krisis COVID-19 tiada langsung meminta apa-apa.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM


20 responses to “Kami Akur PM Letak Golongan Artis Dalam Kategori B40 & M40 – Zed Zaidi”

  1. Zed zidi gilo harta says:

    Sebelum pm umumkan biar benar kamu zed zaidi, putar belik nom 1.tau la pelakon agak2 la bnde2 mcm ni pom nk berlakon juga ke.nk ttup bekong didada ke mcm mana.benar saboh sblm pm umum hello lepas black n tomok umumkan tu n anju buat vedio bkn ko tiba2 muncul ke..nk putar belit ppppp arrrrr

  2. Sister says:

    Senaman dpt naklumat awl sebelum PM umukan rangsangan ekomoni? Seniman ni menteri ke ?org penting kerajaan ke? Ingat kami ni percaya ke statements ko yg putar belit tu. Bercakap tanpa bukti tk perlu di layan.

  3. Anonymous says:

    Life style , kenderaan ,rumah nampak mewah.. saving tak ada ke artis2 ni..

  4. Insan says:

    U as Presiden Seniman sepatutnya jalankan tanggungjawab kepada artis2 membantu mana yang memerlukan.. Tak kan semua institut, persatuan n NGO menteri nak khas kn… U as Public Figure pon bleh demand cam ni n tunjuk contoh yang baik pada orang luar.. How can dia orang nal ikt? Should be u guys da persatuan tolonh each other mana yg x mampu.. Bukan u sama mmbeban kn kerajaan..

  5. Anonymous says:

    kelakar dgn permintaan merapu dorang

Loading...