March 31st, 2020

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menerusi Instagramnya menyenaraikan enam permintaan kepada kerajaan untuk memohon bantuan khas untuk golongan artis yang terjejas akibat COVID-19, tidak dapat mencari hasil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

seniman bantuan khas artis pkp

Bantuan Khas Covid-19 Penggiat Seni Malaysia (COVIDSENI-2020) yang dibentangkan itu mendapat tentangan dan kecaman daripada netizen. Mereka menyifatkan cadangan tersebut sangat tidak masuk akal dan golong ini terlalu ‘demand’ mengalahkan petugas barisan hadapan yang banyak berkorban serta bertungkus lumus menangani penularan wabak COVID-19.

Tampil menjelaskan isu tersebut, Zed berkata sebenarnya berlaku sedikit salah faham sehingga ia menjadi pertikaian ramai pihak. Menurutnya, cadangan itu sudah dibentangkan sebelum kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

netizen bengang artis minta bantuan kerajaan

Ini salah satu inisiatif karyawan seni yang dibuat mengikut saluran yang betul, merangkumi proses dan prosedurnya. Cuma, ketika itu kerajaan belum memperkenalkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apapun, kami dah dapat maklumat awal berkenaan pembentangan terbabit, jadi kami cadangkan apa yang dimahukan dalam kertas kerja dibuat.

netizen bengang artis minta bantuan kerajaan

Zed berkata, apa yang telah dicadangkan sebelum ini dibuat menerusi input yang diambil daripada pandangan ahli berkenaan apa yang dikehendaki dan perlu dilakukan. Pada masa yang sama, dia memberitahu pihaknya akur apabila golongan artis tersenarai dalam golongan B40 dan M40.

Sama ada terima atau tidak bukanlah isu. Cuma kami sampaikan pandangan yang diluahkan oleh akar umbi. Macam-macam pandangan diterima dan kami masukkan semuanya dalam kertas kerja cadangan ini.

netizen bengang artis minta bantuan kerajaan

Ia juga bersesuaian dengan keadaan sekarang. Malah, apabila kami siapkannya, pengumuman belum dibuat oleh Perdana Menteri. MoF akan tengok mana-mana yang bersesuaian, boleh atau tidak. Kalau tak boleh, mereka akan buat pertimbangan letakkan kami di mana dan barulah PM akan umumkan.

Begitulah prosesnya. Itu adalah cadangan sebelum pembentangan dan kami juga akur apabila PM meletakkan golongan artis dalam kategori B40 dan M40.

Terdahulu, rata-rata netizen bengang dengan cadangan Persatuan Seniman Malaysia yang meminta pelbagai dana khas dan bantuan bernilai sehingga RM3,000. Malah, mereka mencadangkan penggiat seni yang tiada KWSP mendapat sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh 6 bulan. Apa yang diminta melebih-lebih sedangkan petugas barisan hadapan serta petugas kesihatan yang kini bertungkus lumus serta pertaruhkan nyawa untuk menangani krisis COVID-19 tiada langsung meminta apa-apa.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM


20 responses to “Kami Akur PM Letak Golongan Artis Dalam Kategori B40 & M40 – Zed Zaidi”

  1. Anonymous says:

    ni nk tanya dgn zaid zaidi ni .teruk sangat ke kehidupan artis Malaysia ni sampai nk join B40 ni? Tapi bila kit tgk artis artis ni belagak je kebanyakannye tak de pun merempat bukan mcm artis tahun 60 an. Janganlah nk jadi pembohong artis artis ni.

  2. FAH says:

    Kenapa kalau ARTIS darjat korang lebih MULIA lebih TINGGI daripada rakyat marhaen ka??? ?

    Cakap macam orang tak bijak. Time banyak job boros tak buat simpanan tetap, tak buat passive income, etc. Tak sampai sebulan takde job, kalah gelandangan riuhnya. Hmm.

    Cuba contohi artis-artis yang bijak pandai and matang tu sikit. Hidup aje lah macam orang biasa, apa masalahnya.

    Kalau sendu jadi artis, then pergi cari kerja macam org lain atau buat bisnes. Mana ada goyang2 kaki dapat duit. Pastu tak payah hidup bermewahan kalau payment tak berapa mana. SIMPAN. SAVING. Untuk waktu2 kecemasan cmni lah gunanya. Paham?? Tu pun tak pandai.

    Kalau semua orang nak merungut takda duit takda job time cmni, ada ARTIS mcm korang pikir nasib pakcik makcik yang niaga tepi jalan, niaga pasar malam.. Niaga jual bukan essential items. Ada pikir???

    Kalau nak bantu sesama Artis korang buat lah tabung fund sendiri. Kata Artis kaya raya. Time ni lah nak Sedekah sesama member. Selfish and so rude.

  3. Anonymous says:

    Cadangan sebelum PM wat pengumuman ko cite ape nie…. taik ke???

  4. Anonymous says:

    Badan berisi dan besar. Tanda makan masih kenyang.

  5. Anonymous says:

    Artis, penggiat seni, pekerja bidang seni hanyalah title pekerjaan contoh kalau bidang engineering, byk je engineer dlm golongan b40 and m40. So, orang2 seniman pun sama je lah.. Xde beza. Semua sama dari segi kena e-filing dgn lhdn pasal pendapatan/income masing2. Artis pun kena declare tau tak? So dari situ, lhdn akan check samada layak ke tak utk dpt bantuan ni. Tu je pun.. Bukn PM letak artis golongan b40 ke m40. Sbb yg milluonaire pun ada.. Bukan m40 dah haih… Pasal kwsp, org bergaji tetap, diwajipkan potong gaji utk simpan kwsp n majikan pun menyumbang sama. Utk org bidang seni yg jarang gaji tetap, sebaranf paymwnt yg korang terima x diwajipkn potomg masuk kwsp tp korang kena reti pikir n ada disiplin. Pegi je lah bukak akaun kwsp n menyimpan, potong sendiri dgn sukarela. Seniman ni patut wajipkan setiap ahli attend kursus pengurusan pendapatan n lhdn setahun sekali utk ingatkan derang yg x brp faham n bijak ni. Klu masuk kursuus ni, br blh dapat payment job. Ni utk keepentingan derang jugak. Bkn takat reti bidang2 seni acah2 ni je. Kena luaskan lingkup ilmu korang ckit

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...