March 31st, 2020

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menerusi Instagramnya menyenaraikan enam permintaan kepada kerajaan untuk memohon bantuan khas untuk golongan artis yang terjejas akibat COVID-19, tidak dapat mencari hasil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

seniman bantuan khas artis pkp

Bantuan Khas Covid-19 Penggiat Seni Malaysia (COVIDSENI-2020) yang dibentangkan itu mendapat tentangan dan kecaman daripada netizen. Mereka menyifatkan cadangan tersebut sangat tidak masuk akal dan golong ini terlalu ‘demand’ mengalahkan petugas barisan hadapan yang banyak berkorban serta bertungkus lumus menangani penularan wabak COVID-19.

Advertisement

Tampil menjelaskan isu tersebut, Zed berkata sebenarnya berlaku sedikit salah faham sehingga ia menjadi pertikaian ramai pihak. Menurutnya, cadangan itu sudah dibentangkan sebelum kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

netizen bengang artis minta bantuan kerajaan

Ini salah satu inisiatif karyawan seni yang dibuat mengikut saluran yang betul, merangkumi proses dan prosedurnya. Cuma, ketika itu kerajaan belum memperkenalkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apapun, kami dah dapat maklumat awal berkenaan pembentangan terbabit, jadi kami cadangkan apa yang dimahukan dalam kertas kerja dibuat.

netizen bengang artis minta bantuan kerajaan

Advertisement

Zed berkata, apa yang telah dicadangkan sebelum ini dibuat menerusi input yang diambil daripada pandangan ahli berkenaan apa yang dikehendaki dan perlu dilakukan. Pada masa yang sama, dia memberitahu pihaknya akur apabila golongan artis tersenarai dalam golongan B40 dan M40.

Sama ada terima atau tidak bukanlah isu. Cuma kami sampaikan pandangan yang diluahkan oleh akar umbi. Macam-macam pandangan diterima dan kami masukkan semuanya dalam kertas kerja cadangan ini.

netizen bengang artis minta bantuan kerajaan

Ia juga bersesuaian dengan keadaan sekarang. Malah, apabila kami siapkannya, pengumuman belum dibuat oleh Perdana Menteri. MoF akan tengok mana-mana yang bersesuaian, boleh atau tidak. Kalau tak boleh, mereka akan buat pertimbangan letakkan kami di mana dan barulah PM akan umumkan.

Begitulah prosesnya. Itu adalah cadangan sebelum pembentangan dan kami juga akur apabila PM meletakkan golongan artis dalam kategori B40 dan M40.

Advertisement

Terdahulu, rata-rata netizen bengang dengan cadangan Persatuan Seniman Malaysia yang meminta pelbagai dana khas dan bantuan bernilai sehingga RM3,000. Malah, mereka mencadangkan penggiat seni yang tiada KWSP mendapat sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh 6 bulan. Apa yang diminta melebih-lebih sedangkan petugas barisan hadapan serta petugas kesihatan yang kini bertungkus lumus serta pertaruhkan nyawa untuk menangani krisis COVID-19 tiada langsung meminta apa-apa.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Advertisement

20 responses to “Kami Akur PM Letak Golongan Artis Dalam Kategori B40 & M40 – Zed Zaidi”

  1. your ex says:

    jap jap. air mineral? korang ni memang xde cerek letrik kat rumah ke? rasanya sekarang dah ramai yg asa cuckoo atau coway kat rumah..kelakar pulak air mineral. demand betul. rebus jelah air tu atas dapur gas, jimat.

  2. Zedpetak says:

    Apa punya suwey la artis ni. Ada presiden muka petak, berlakon kayu, bangang….. Byk lagi la. Bkn takde artis yg cerdik nak dilantik….

  3. Anonymous says:

    Petugas hadapan Doktor, jururawat,PDRM,TenTera dan sukarelawan yg membantu langsung x minta ape2 sumbangan kewangan pun. Malah mereka yg bertarung nyawa menyelamatkan pesakit2 COVID-19. PDRM dan Tentera berpanas terik,berhujan, ngadap ribut petir deorg langsung x mengeluh dan x minta bantuan kewangn pun. Barisan hadapan just minta bantu stay at home sahaja. rakyat2 dah x brp nk pndang artis2 buat masa ni. Yg deorg amek tau statistik COVID-19 serta doa2 dari semua.

  4. Anonymous says:

    Pastu nak letak dlm golongan apa?golongan istimewa ke??? ???

  5. Anonymous says:

    sembelit

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...