Untuk pengetahuan ramai, lebih 60 rakyat Palestin yang cedera serta keluarga mereka telah pun selamat sampai di Pangkalan Tentera Udara, Subang, Selangor, pada Jumaat.
Difahamkan, mereka tiba dengan dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam lingkungan jam 2 petang tadi.
Pesawat tersebut berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis dan kini kesemua pesakit serta mangsa ditempatkan sementara di hospital medan.
Mereka yang terselamat kemudiannya akan di tempatkan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur bagi mendapat rawatan lanjut.
Antara yang terselamat adalah dari golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga 62 tahun.