Perkongsian seorang individu bernama Dr Azhari Zhahir menjadi tular di media sosial apabila menulis surat terbuka yang cukup puitis dan kelakar kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, agar segera menikahi aktres Bella Astillah.
Menerusi hantaran di Facebook, Dr Azhari meluahkan rasa sebagai “saksi diam” terhadap kisah cinta tidak rasmi antara Saddiq dan Bella yang dilihat sentiasa bersama sejak beberapa bulan lalu, terutama ketika figura politik itu menghadapi ujian di mahkamah.
Izinkan saya menulis warkah ini bukan sebagai rakyat marhaen semata-mata, tetapi sebagai saksi diam pada sebuah kisah cinta yang kami semua tumpang harap akhirnya bersulam akad.
Lebih menghiburkan, Dr Azhari secara berseloroh mencadangkan agar Syed Saddiq hadir ke klinik miliknya untuk menjalani pemeriksaan mata jika masih “kabur” dengan kehadiran Bella yang setia.
Biar saya sorot retina mata YB dengan fundoscopy, mencari apakah silau terlalu kuat hingga pandangan tertutup oleh sorotan flash media dan politik, sedang di hadapan, berdiri seorang Bella yang hanya mahu YB genggam tangannya sampai ke Jannah.
Namun, ayat penutup surat tersebut yang paling mencuri perhatian apabila beliau “mengugut secara manja” untuk bertanding di Parlimen Muar sekiranya Saddiq mengecewakan Bella.
Jika akhirnya YB memilih untuk mengecewakan Bella… maka dengan rendah hati tapi tekad membara, saya sendiri akan bertanding di Parlimen Muar.
Bukan sekadar mahu menguburkan karier politik YB, tetapi agar saya sendiri dapat membela nasib Bella dengan cara paling gentleman seorang rakyat biasa boleh lakukan. Pasti, akan saya ajak seluruh rakyat Sabah pindah mengundi di Muar semata-mata untuk jatuhkan YB.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.