Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi didakwa berlaku curang kepada isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri apabila dikatakan menghantar mesej lucah kepada seorang wanita.
Tampil memberi respon, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik hantaran gambar di laman Instagram memaparkan dirinya mesra berpelukan dengan isteri.
Perkongsian Hafidz itu sekaligus membuktikan bahawa dakwaan mengenai dirinya berlaku curang adalah sama sekali tidak benar.
Malah, menerusi ruangan kapsyen pelakon Tundukkan Playboy Itu memberi bayangan bahawa hubungannya dengan isteri berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Kami dari FB , Erin Sakura , Giler Kentang , Mstar Online , Media Hiburan dan semualah media. Kami ada popcorn kat sini, parking dulu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji cara Hafidz ‘mematikan’ segala dakwaan dan fitnah mengenai rumah tangganya.
Bukan itu sahaja, peminat turut meluahkan rasa syukur apabila mendapati khabar angin tersebut tidak benar dan berharap agar netizen lebih berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu perkara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.