“Kami Ada Peguam, Kami Akan Lawan” – Keluarga Mangsa Ketiga Nahas Dirempuh Honda Jazz Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Trending

“Kami Ada Peguam, Kami Akan Lawan” – Keluarga Mangsa Ketiga Nahas Dirempuh Honda Jazz Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Tidak akan berdiam diri, keluarga mangsa ketiga kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Senawang 1 Aisar Azim Abdullah, 17, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang bertanggungjawab.

kakak pemandu honda jazz
24 hours ago

Kakak Pemandu Honda Jazz Menangis Mohon Maaf, Netizen Suruh Jumpa Keluarga Mangsa - “Saya Upload Semua Tu Dalam Keadaan Emosi”

Advertisement

Menurut ibu mangsa, Nurha’afza Salwa Hazizan, 41, keluarga akan mengambil tindakan itu memandangkan anaknya sudah terkorban selepas lima hari bertarung nyawa akibat dirempuh Honda Jazz itu.

Kita akan ambil tindakan ya lah sekarang Alang (arwah Aisar) pun dah meninggal, lepas tu kawan dia meninggal dua orang, kita akan fight (lawan), memang dah ada peguam yang tawarkan khidmat secara percuma.

pengebumian jenazah mangsa ketiga nahas Honda jazz

Dalam pada itu, Nurha’afza turut berkongsi keadaan anaknya sebelum ini yang kritikal sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.23 malam.

Katanya, dia sudah reda sejak melawat anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’far (HTJ) dan turut berbincang dengan anak-anak yang lain untuk reda sekiranya mangsa meninggal dunia.

Otak anak memang dah mati, pernafasan hanya dibantu oleh sokongan mesin. Malah, semasa malam tadi (kelmarin), jantung (kadar bacaan) Alang drop sampai 38. Saya panggil anak, bacakan surah Yassin. Kita tak nak seksa dia lagi, saya maafkan Alang, saya halalkan susu yang saya bagikan pada dia.

pemandu Honda Jazz langgar lampu merah tiada lesen

Ceritanya lagi, muka anak lelakinya itu selepas disahkan meninggal dunia membuatkannya berasa lebih reda.

Muka Alang tenang, bersih walau ada calar. Setengah orang kalau meninggal muka jadi lain tapi Alang macam tidur sahaja.

Terdahulu, jenazah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sheikh Ahmad itu dikebumikan pada pukul 12.40 tengah malam dan dihadiri hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan arwah.

jenazah mangsa ketiga nahas dirempuh honda jazz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...