Kamera Badan Digunakan Bagi Pastikan Ketelusan Dan Integriti, Disamping Lindungi Penguat Kuasa

Trending

Kamera Badan Digunakan Bagi Pastikan Ketelusan Dan Integriti, Disamping Lindungi Penguat Kuasa

Tiga pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dilaporkan kini mula melengkapkan anggota mereka dengan pemakaian kamera badan bagi memantau tingkah laku anggota ketika berada di lapangan.

Selain Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga telah mula menggunakan peranti tersebut.

Advertisement

Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Korporat dan Strategik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata alat tersebut dipakai setiap hari atau ketika bertugas sewaktu operasi khas.

Selain berfungsi untuk meningkatkan integriti dan ketelusan ketika berurusan dengan masyarakat, pemakaian kamera badan itu juga dapat menjadi rujukan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Alatan ini memiliki kualiti video 32GB dalam definisi tinggi dan mampu menangkap visual malam serta suara untuk keselamatan anggota jika berlaku serangan fizikal atau perbalahan.”

Isu mengenai integriti dan ketelusan anggota penguatkuasa baru-baru ini tular dan mendapat perhatian orang ramai selepas pendedahan yang dilakukan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Asri Janggut terhadap segelintir anggota penguat kuasa yang dikatakan melindungi beberapa premis haram di Selangor khususnya di Bandar Baru Sungai Buloh.

Pada 22 Jun lalu, EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han memberi tempoh sehingga hujung tahun kepada semua PBT untuk melengkapkan anggota mereka dengan kamera badan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...