Kambing Dan Betik Turut Disahkan Positif COVID-19, Presiden Tanzania Ragui Ada Unsur Sabotaj

COVID-19

Kambing Dan Betik Turut Disahkan Positif COVID-19, Presiden Tanzania Ragui Ada Unsur Sabotaj

Berikutan jumlah kes COVID-19 meningkat secara mendadak di seluruh Tanzania dengan 480 kes dan 16 kematian dilaporkan, presidennya John Magufuli meragui berlakunya unsur sabotaj.

Situasi itu turut mendapat kritikan hebat dari pihak pembangkang yang menganggap kerajaan menyembunyikan data sebenar dan tidak menangani wabak itu secara serius.

Advertisement

sumber : Bloomberg

Magafuli menggesa pihak berkuasa membuat siasatan dan menganggap kemungkinan mereka yang telah diuji positif sebenarnya tidak dijangkiti COVID-19.

Ini kerana, ujian secara rahsia yang dilakukan terhadap pelbagai buah-buahan dan haiwan seperti betik, burung puyuh dan kambing turut disahkan positif virus itu.

Dia memaklumkan kemungkinan berlaku masalah teknikal ketika ujian menggunakan kit import itu dilakukan. Dia turut mengarahkan supaya pasukan keselamatan Tanzania meneliti kit ujian berkenaan.

Menurut laporan, Tanzania merupakan salah sebuah negara di Afrika yang tidak memandang seirus terhap pandemik COVID-19. Walaupun sekolah dan institusi pengajian tinggi ditutup, tempat awam lain seperti pasar, perhentian bas dan kedai-kedai masih lagi beroperasi seperti biasa.

sumber : NST

Malah negara itu tidak menghalang rakyatnya untuk terus bekerja dan beribadat di gereja ataupun masjid.

“Ia merupakan perkara janggal untuk menghalang orang ramai daripada memasuki masjid yang dibina oleh mereka sendiri. Jangan pergi jika takut, tapi jangan halang orang lain untuk ke sana. Krisis ini masih di tahap terkawal.”

  • John Magafuli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...