Terpalit dengan kontroversi hangat dimana beliau dikatakan mempunyai hasrat untuk mendekati aktres Zahirah Macwilson sehingga menjejaskan hubungan percintaan beliau bersama Emma Maembong, aktor Kamal Adli akui apa yang berlaku pada tahun lalu meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang agak mendalam terhadap dirinya.
Kamal pada tahun ini berharap, namanya tidak akan terpalit lagi dengan kontroversi murahan dan ingin fokus kepada kerjayanya sahaja.
Harapan saya satu sahaja untuk tahun ini iaitu tak nak apa yang berlaku pada tahun lalu berulang lagi. Cukuplah! Tahun lepas teruk saya kena sampai rasa ‘sakit’ luar dan dalam. Biarlah 2018 saya fokus dengan kerja dan perniagaan yang saya usahakan dan bukannya kontroversi.
Kontroversi itu selalu ada walaupun bukanlah berpunca daripada diri artis itu sendiri. Namun, kami mendoakan yang terbaik buat Kamal dan semoga lebih menyerlah dalam kariernya pada tahun ini.