Watak yang digalaskan sebagai pelakon utama dalam drama bersiri Black amat dinanti-nantikan oleh pelakon, Kamal Adli yang sebelum ini seringkali mengalas watak dengan naskhah bergenre ringan.
Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35 berkata walaupun watak yang dibawa olehnya sebagai Malik atau Black itu agak berat, namun dia berpuas hati dengan hasil yang ditayang.
Saya memang tertunggu-tunggu watak seperti ini dan dah menanti sambungannya untuk musim kedua. Watak Black adalah sebagai seorang anggota polis yang ‘poyo’ dan ia memang sangat berlainan dengan drama kahwin paksa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi ketika sesi temubual bersama mStar, pihak produksi amat menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang sesi pengambaran drama tersebut berlangsung.
Sebelum masuk set, kami semua terlebih dahulu perlu disanitasi seluruh badan dan setiap kali selepas berehat pun kami perlu disanitasi sekali lagi.
Drama yang diadaptasikan daripada drama korea bergenre fantasi-seram yang juga mempunyai tajuk yang sama, kini Black musim kedua lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan ramai lagi sudah mula ditayangkan pada 10 Jun lalu eksklusif di Viu.