Penulis rasa masih tak faham apa sebenarnyang yang telah terjadi sehinggakan berlaku perselisihan antara Kamal Adli, pelakon yang bergandingan dengannya dalam drama Duda Pujaan Dara Zahirah Macwilson dan teman wanita Kamal, Emma Maembong.
Seolah-olah dalam satu puzzle, ada cebisan-cebisan yang hilang dan gambaran penuh masih belum terbentuk.
Dalam perkembangan terbaru, mStar Online melaporkan Kamal mendakwa merasa pelik dengan tindakan Zahirah memutar belit kenyataan sewaktu pertemuan lapan mata di antara dia, Emma, Zahirah, dan teman lelaki Zahirah, Zul Ariffin.
Saya keluar bersamanya (Zahirah) bersama dua lagi rakan kami. Ia merupakan kesalahan saya dan saya sudah terangkan kepada Emma dan Zul.
Tetapi yang peliknya ketika pertemuan kali ketiga dengan kehadiran Emma dan Zul, dia tiba-tiba memutar belit kenyataan sehingga saya sendiri terkejut.
Anda bayangkanlah bagaimana Emma tak marah dan mula berprasangka buruk terhadap saya? Dari situ hubungan kami bermasalah dan sehinggalah Emma keluarkan kenyataan tentang hubungan kami.
Ada di kalangan Netizen yang menganggap Emma cemburu buta, kerana Kamal bukan keluar berdua dengan Zahirah, sebaliknya bersama dua individu lain yang tidak dinamakan. Namun begitu, Kamal meminta agar orang ramai tidak mempersalahkan Emma:
Secara terbuka saya ingin meminta maaf sekali lagi kepada Emma, harap orang luar jangan salahkannya.
Dia adalah teman wanita saya dan dia ada hak untuk rasa apa yang dia rasa (berhubung kontroversi).
Perempuan mana yang tak naik angin apabila orang dakwa teman lelakinya terhegeh-hegeh dengan perempuan lain dan tidak dilayan pula.
Walaupun memenangi pertandingan Super Spontan 2017 terbitan Astro malam semalam, Kamal mengakui peristiwa itu agak mengganggu persiapannya ke finale, tambahan pula motor berkuasa tinggi kesayangannya hilang dicuri orang sebelum pertandingan:
Sudah jatuh ditimpa tangga orang kata. Memang semangat saya hilang sehinggakan tumpuan terganggu.
Tetapi Alhamdulillah, sesuatu musibah itu pada akhirnya diganti dengan kemanisan dan kemenangan. Ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan saya walaupun tidak pernah menjangkakannya.
Saya tahu dia tengah marah, kami sedang berusaha memperbaiki keadaan namun kedatangannya pada malam ini sudah cukup buat saya gembira dan ia tanda positif.
Untuk makluman pembaca, Kamal telah memenangi hadiah wang sejumlah RM 100,000 kerana kemenangannya di Super Spontan malam tadi dan Emma telah hadir meraikan kejayaannya. Tahniah diucapkan dan semoga kemelut yang berlaku berakhir segera. – beautifulnara.com