Umum mengetahui pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong sehingga kini masih lagi cuba untuk memperbaiki hubungan mereka.
Pelbagai spekulasi dan kenyataan yang keluar, tetapi sehingga kini Kamal dan Emma tetap berdiam diri mengenai setiap gosip tentang percintaan mereka.
Terbaru, menurut Cik Pang di akhbar Harian Metro, Kamal nampaknya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memikat kembali hati Emma dan kini lebih banyak meluangkan masa bersama pelakon wanita itu.
Untuk berada di sisi Emma, Kamal dikatakan sanggup untuk mengambil cuti daripada penggambaran hanya untuk menemani Emma ke acara hiburan.
Malah, Kamal juga cuba memujuk Emma dengan membelikan pelbagai hadiah  untuknya.
Kadang-kadang seseorang wanita itu boleh “cair†dengan usaha teman lelaki mereka untuk membaiki hubungan yang sudah dingin.  Harapnya usaha Kamal Adli untuk cuba memenangi hati Emma Maembong akan berhasil. Terus terang mereka berdua agak sepadan.