Soal hubungan percintaan antara Kamal Adli dan Emma Maembong bukanlah cerita baru dikalangan peminat industri hiburan tempatan, tetapi ramai juga ingin tahu sejauh mana hubungan mereka sebenarnya kerana kedua-dua nampaknya hanya ingin berdiam diri mengenai perkara tersebut.
Berbicara mengenai hubungan mereka, adik kepada Emma iaitu Chacha Maembong memberitahu beliau menyokong hubungan kakaknya itu bersama Kamal yang dikatakan pandai mengambil hati ahli keluarga mereka.
Mereka pasangan yang comel pada pandangan saya, Kamal bukan sahaja cukup menghargai perasaan Emma tetapi juga keluarga saya. Sebab itu kami agak rapat. Sebagai adik memang saya sokong hubungan mereka, cuma soal lain saya hanya boleh berdoa sahaja agar hubungan mereka ini berjalan dengan baik.
Pada masa yang sama Chacha juga berkongsi bahawa beliau juga kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang sudah dikenali olehnya hampir setahun yang lalu. Baru sahaja menganjak usia 19 tahun, Chacha bagaimanapun buat masa ini enggan memikirkan soal perkahwinan dan fokusnya kini hanya  tertumpu kepada karier dan masa depan yang lebih baik.
Kami sudah berkenalan hampir setahun dan saya hanya boleh katakan, dia merupakan kawan lelaki yang cukup rapat dengan saya kini. Mungkin kerana sikap memahami dia terhadap saya dan kerjaya memudahkan lagi hubungan ini. Jujurnya kami masih muda dan masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain.
Kalau adik sendiri dan ahli keluarga lain sudah boleh menerima kehadiran Kamal Adli rasanya Emma Maembong tidak perlulah tunggu lama lagi untuk benar-benar serius dalam perhubungan. Kata orang kadang-kadang bercinta beberapa tahun pun belum tentu jadi dan lebih manis serta indah untuk bercinta selepas kahwin. Siapa tahu mungkin hubungan kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Sumber Berita: Utusan Malaysia