Kamal Adli Nafi Rumah Tangga Bergolak- “Demi Allah, Saya Sayangkan Mereka Sangat-Sangat”

Hiburan

Kamal Adli Nafi Rumah Tangga Bergolak- “Demi Allah, Saya Sayangkan Mereka Sangat-Sangat”

Pelakon Kamal Adli tampil menafikan dakwaan kononnya rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose, sedang bergolak seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Kamal, 39, penjelasan itu dibuat bagi menjaga maruah dirinya dan keluarga, terutama selepas timbul pelbagai spekulasi tidak berasas.

Advertisement

Ada segelintir netizen yang buat andaian saya tiada masa untuk anak sendiri. Tak baik. Banyak saja saya luangkan masa untuk Hawra termasuk bawa bercuti dan sebagainya.

Saya adalah seorang ayah yang sangat sayangkan anak saya. Mustahil saya tidak fikir mengenai Hawra.

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut menjelaskan bahawa dia sengaja berehat daripada mengambil tawaran kerja selama dua bulan bagi meluangkan masa bersama keluarga.

Alhamdulillah, setakat ini rezeki saya tidak putus, mencukupi untuk keluarga kecil saya. Paling penting isteri dan anak saya sihat, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Tambah Kamal, dia kini lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi di media sosial selepas trauma dengan insiden dipukul di Singapura pada 2023.

Urusan peribadi kami biarlah menjadi rahsia kami suami isteri. Saya cuma minta jangan lakukan privasi terhadap isteri saya atau meninggalkan komen negatif.

Isteri saya juga manusia. Kadang penat kerja, kadang stres. Apa yang terbaik, doakan isteri saya dan kami sekeluarga.

Akhir sekali, Kamal menegaskan bahawa rasa kasih dan cintanya terhadap isteri serta anak tidak pernah berubah.

Demi Allah, saya sayangkan isteri saya dan anak sangat-sangat.

Terdahulu, pasangan itu mencuri perhatian selepas dikatakan saling tidak mengikuti (unfollow) di media sosial, selain Uqasha memuat naik hantaran berbentuk luahan hati dipercayai menggambarkan rasa kecewa terhadap seseorang yang disayangi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin amira othman
2025-10-19 11:21:01

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis - “Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...