Sejak beberapa hari lepas, timbul khabar angin yang mendakwa pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong sudah sah bergelar suami isteri susulan beberapa foto “pernikahan†mereka vial di media sosial.
Walaubagaimanapun, menerusi portal Harian Metro Kamal telah menafikan perkara tersebut dan memberitahu foto yang tersebar itu merupakan babak lakonan beliau bersama Emma didalam drama Jodoh Sebelah Pintu dan sudah lama memuat naik foto berkenaan di akaun Instagam miliknya untuk tujuan promosi.
Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya.
Tambah Kamal, beliau yang kini sedang mengenali hati budi Emma tidak akan pernah menyorokkan berita gembira tersebut jika mereka dijodohkan bersama.
Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa. Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT.
Berita Kamal Adli dan Emma Maembong berkahwin mula disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab dimana blog tersebut turut mengakui kononnya majlis pernikahan mereka diadakan pada 27 September lepas di Terengganu.