Masalah mengenai disiplin Kamal Adli yang sering tiba lewat ke lokasi penggambaran bukanlah satu perkara baharu yang kami dengar.
Baru-baru ini juga, Kamal hadir agak lewat pada malam gala filem lakonan beliau bersama Nora Danish iaitu Isteri Untuk Dijual. Ini seakan menunjukkan bahawa berita tentang beliau artis yang tidak berdisiplin benar belaka.
Walaubagaimanapun, menurut Kamal beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting di Seremban pada hari yang sama dan memohon maaf kepada pihak media kerana terpaksa menunggu lama.
Saya minta maaf kepada semua rakan media yang menunggu lama. Saya bukan sengaja nak datang lambat tapi ada kerja lain perlu diselesaikan. Saya perlu menghadiri satu mensyuarat berkaitan perniagaan di Seremban.
Dari awal saya sudah tetapkan masa untuk tiba tepat pada waktunya tapi sepanjang perjalanan hujan lebat. Sangkaan saya Nora Danish hadir, jadi dia boleh ‘cover’ sekejap, tapi tak. Malah, saya pun tak dimaklumkan berkenaan perkara itu.
Kamal juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau lewat kerana menghabiskan masa bersama kekasihnya Emma Maembong.
Sebagai seorang artis Kamal Adli sepatutnya bijak dalam menguruskan jadual beliau dan tidak membuat orang lain menunggu terlalu lama.