Pelakon terkenal, Kamal Adli kini rasmi dilantik sebagai duta raya Jakel, sekali gus menjawab segala teka-teki yang timbul dalam kalangan pengguna media sosial sejak beberapa hari lalu.
Sebelum ini, kelibat seorang figura misteri dalam video promosi Jakel mencetuskan tanda tanya ramai. Identiti itu akhirnya terjawab selepas pihak Jakel mengumumkan bahawa Kamal Adli adalah individu sebenar di sebalik kemunculan tersebut.
“Misteri terjawab. Dialah pilihan kami, Kamal Adli sebagai Duta Jakel 2026,” tulis pihak Jakel ringkas di ruangan kapsyen.
Pengumuman itu disambut meriah oleh netizen dan rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Kamal, malah ramai berpendapat pelakon itu memang layak dan sesuai membawa imej jenama tekstil terbesar negara tersebut.
Dengan pelantikan ini, Kamal dijangka tampil dalam pelbagai kempen raya Jakel bagi tahun 2026.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
