August 11th, 2016

Gara-gara terlalu leka mengambil gambar, Kamal Adli mengalami kerugian RM10,000 apabila diragut ketika berada di Barcelona, Sepanyol bagi menjalani  penggambaran program travelog, From Spain To Morocco.

Bukan sahaja kehilangan wang tunai tetapi beg berkenaan juga mengandungi pelbagai dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan dan visa.

Kesilapan sendiri juga memandangkan ketika kejadian saya leka mengambil gambar pemandangan sekeliling. Beg sandang berkenaan saya letakkan di atas bagasi pakaian. Kejadian berlaku dengan pantas apabila sekelip mata ia hilang. Memang peluh sejuk terus mencurah-curah mengenangkan pasport juga disimpan dalam beg itu selain duit belanja sepanjang perjalanan di negara orang.

Menurut Kamal pencuri agak susah untuk dikesan kerana kejadian tersebut berlaku di kejadian itu berlaku di hadapan premis hiburan, Hard Rock Cafe di Barcelona ketika ramai orang berpusu-pusu keluar masuk.

Mengakui proses membuat pasport dan visa agak rumit, Kamal bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia di London dan pihak imigresen kerana membantu beliau.

Proses penggantian pasport dan visa agak renyah, namun saya berterima kasih mendapat bantuan Kedutaan Malaysia di London dan pihak imigresen. Pengalaman itu memang sedih untuk dikenang. Dalam kita berjaga-jaga pun, barang berharga lesap begitu saja.

Saya buat pasport baharu di London. Soal ini memang rumit kerana pasport dan visa bukan boleh dapat serta merta.  Saya dapat kembali pasport baharu dalam tempoh seminggu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada di sana kerana banyak membantu memudahkan proses berkenaan.

Kehilangan duit dan dokumen penting ketika berada di negara orang memang perit rasanya. Nasib baiklah Kamal dibantu oleh pihak kedutaan dan imigresen. Di negara orang kita tidak boleh terlalu leka dan selalu berhati-hati .

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...