Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kamal Adli: Gosip Sudah Ada Kekasih Baru Adalah Fitnah

Sejak Kamal Adli putus cinta bersama Intan Ladyana, beliau nampaknya lebih selesa untuk hidup sendiri dan hanya digosipkan bercinta dengan Emma Maembong yang ternyata tidak benar.

Selepas daripada itu, nama beliau sudah mula reda daripada kontroversi sehinggalah beberapa hari lepas nama Kamal Adli kembali panas dengan tersebarnya foto beliau bersama seorang gadis cun.

Advertisement

Foto tersebut disebarkan secara meluas di media sosial dan beberapa buah blog tempatan dengan dakwaan wanita itu adalah kekasih baru Kamal Adli.
Sedar dengan gosip tersebut, Kamal Adli menerusi laman sosial Twitter miliknya telah menganggap gosip tersebut sebagai fitnah dan menjelaskan wanita itu hanya sekadar peminat.

Memang cun gadis dalam foto tersebut kan? Mungkin juga Kamal Adli rapat dengan beliau. Harapnya dengan penjelasan tersebut tiada lagi pihak yang menyebarkan berita bahawa beliau telah menemui pengganti Intan Ladyana. Tetapi siapakah gerangan wanita tersebut ek? Manalah tahu ada yang berminat nak masuk jarum..Heh

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top