Kamal Adli sekali lagi didakwa tidak mempunyai disiplin dalam menjaga masa kerana tiba lewat ke lokasi penggambaran program Ye Ke?! selama 2 jam setengah.
Diundang sebagai tetamu bagi sesi rakaman pertama, beliau sepatutnya hadir pada jam 12.30 dan telah menjejaskan rakaman kedua pada hari tersebut yang membabitkan artis terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Awie, Nabila Huda, Amy Mastura dan Raja Azura.
Artis-artis bagi sesi kedua datang setengah jam lebih awal daripada yang ditetapkan dan kerana kelewatan Kamal, Awie terpaksa menarik diri pada saat akhir.
Tentu sekali produksi program tersebut menjadi tidak menentu kerana rencana mereka celaru dan mempersoalkan mengapa Kamal tidak memberitahu krew ataupun penerbit sekiranya beliau mempunyai sebarang masalah.
Sebelum ini, Kamal yang bertindak sebagai hos program pencarian bakat Dewi Remaja juga sering tiba lambat dari masa yang ditetapkan.
Kalau Kamal Adli berterusan begini tentu ia boleh menjatuhkan imejnya sebagai seorang selebriti serta mensia-siakan peluang yang ada. Apa sahaja kekangan yang dihadapi adalah lebih baik untuk memberitahu pihak yang lain agar tidak menimbulkan sebarang masalah. Tidak manis sekiranya kita menjejaskan jadual orang lain juga kerana artis lain mempunyai kerja lain juga.