June 11th, 2018

Tiga hari sahaja lagi, seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, ada yang sudah mula balik kampung untuk bertemu keluarga tercinta. Memang seronok dapat berkumpul ramai-ramai dan bertemu dengan saudara mara setelah sekian lama tidak bersua.

Namun, pastinya akan ada soalan-soalan maut untuk mereka yang masih belum berkahwin seperti Kamal Adli. Beliau tahu, tahun ini beliau akan dihujani dengan soalan tentang jodoh dan pernikahan, namun Kamal tetap tenang menjawab persoalan tersebut.

Kalau ikut hati, memang saya mahu menjadikan Aidilftri kali ini sebagai sambutan raya terakhir sebagai orang bujang. Tapi siapalah saya untuk bercakap soal jodoh kerana ia ketentuan Allah. Bagaimanapun saya mengharapkan orang bertanya itu mendoakan yang baik-baik untuk saya.

Hubungan Kamal dan Emma pula ibarat tiada tujuan yang pasti, mereka tetap mesra dan rapat ibarat pasangan kekasih, tetapi tiada sebarang perkembangan lanjut. Disebabkan itu, Kamal akui beliau tidak mahu bercakap lagi soal jodoh dengan Emma.

Kalau benar sudah tertulis jodoh saya dengan dia, saya menerima dengan tangan terbuka. Namun selagi belum ada jodoh biarlah kami berkawan seperti biasa.

Jodoh itu rahsia Tuhan, dan sebaik mana pun kita merancang belum tentu orang yang kita cintai itu milik kita. Kita hanya perlu bersabar dan ikhlas dalam menanti ketentuan takdir yang terbaik.

Sumber Berita : Harian Metro


19 responses to “Kamal Adli Enggan Lagi Komen Soal Jodoh Dengan Emma Maembong”

  1. El says:

    Ni jenis lelaki yang tak bisa berkomitmen dengan perempuan, nak suka suka saje bawa perempuan lepas pasang ke hulu hilir, kawinnya tak juga, bukannya jodoh itu tak Ade depan mata, tapi die sendiri yang tak mau menghalalkan nya dengan ikatan pernikahan

  2. olyra says:

    friends with benefit jer dengan emma kembong tu…tu la kau, ex gal pren ko si intan tu dlu bukan main lagi baik & comel…ko tu jer yang tak nampak.

  3. ImanAlfateh says:

    Betul, kamal tak sesuai, Kamal sesuai dengan Cinta kolesterol Adibah noor. So Sweet tengok pasangan ni dalam drama Nasi dagang, nasi AYam

  4. Anonymous says:

    kamal tak sesuai la dgn kembong tu.. cari je perempuan lain. kalau betul dia serius dgn kamal, tak ada nya dia nak tergedik2 dgn leng chai tu..

  5. mak jemmsssss says:

    ak rasa si kamal di dh lama ready… tgk dia sgt lah ambil berat psl si emma kembong ni…smpai clbrate suprise besday ats bukit bagai.. tp at the same time si emma ni mcm xserius pulak.. kejap rapat ngn org tu…kejap org ni… nmpk mcm si kamal tepuk sebelah tgn je… move on lah kamal.. umur mkin meningkat..sian ko… ramai lg pmpuan lain yang lagi sesuai utk ko. xyah der nk tunggu emma tu.

    • Anonymous says:

      Yelah macam zizan lepas2 brlakon abg long fadhil. Oh bukan main gatal c kembong tegur2 zizan. Dulu bukan main benci sebenci nye.

Loading...