Tiga hari sahaja lagi, seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, ada yang sudah mula balik kampung untuk bertemu keluarga tercinta. Memang seronok dapat berkumpul ramai-ramai dan bertemu dengan saudara mara setelah sekian lama tidak bersua.
Namun, pastinya akan ada soalan-soalan maut untuk mereka yang masih belum berkahwin seperti Kamal Adli. Beliau tahu, tahun ini beliau akan dihujani dengan soalan tentang jodoh dan pernikahan, namun Kamal tetap tenang menjawab persoalan tersebut.
Kalau ikut hati, memang saya mahu menjadikan Aidilftri kali ini sebagai sambutan raya terakhir sebagai orang bujang. Tapi siapalah saya untuk bercakap soal jodoh kerana ia ketentuan Allah. Bagaimanapun saya mengharapkan orang bertanya itu mendoakan yang baik-baik untuk saya.
Hubungan Kamal dan Emma pula ibarat tiada tujuan yang pasti, mereka tetap mesra dan rapat ibarat pasangan kekasih, tetapi tiada sebarang perkembangan lanjut. Disebabkan itu, Kamal akui beliau tidak mahu bercakap lagi soal jodoh dengan Emma.
Kalau benar sudah tertulis jodoh saya dengan dia, saya menerima dengan tangan terbuka. Namun selagi belum ada jodoh biarlah kami berkawan seperti biasa.
Jodoh itu rahsia Tuhan, dan sebaik mana pun kita merancang belum tentu orang yang kita cintai itu milik kita. Kita hanya perlu bersabar dan ikhlas dalam menanti ketentuan takdir yang terbaik.