Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Rancang Buat Tiga Majlis Resepsi, Satu Khas Buat Peminat Setia

Kamal Adli Uqasha

Pasangan secocok, Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikhabarkan sudah hampir menyiapkan segala persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini.

View this post on Instagram

A post shared by K.A (@kamaladli)

Advertisement

Menurut Kamal Adli, mereka berdua merancang untuk mengadakan tiga majlis resepsi bagi menyambut hari bahagia itu nanti.

Masih lagi berteka-teki mengenai tarikh sebenar majlis pernikahan tersebut, Kamal dan Uqasha ada memberitahu serba sedikit mengenai lokasi majlis pernikahan yang khabarnya bakal diadakan di sebuat pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air.

Ujar pasangan ini lagi, setakat ini sudah hampir 80 peratus persiapan sudah selesai untuk penganjuran majlis itu nanti.

View this post on Instagram

A post shared by K.A (@kamaladli)

Advertisement

“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu terhad kepada 350 orang sahaja. Untuk majlis kedua, untuk rakan artis serta pihak media manakala majlis ketiga kami akan undang peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.”

Akui teruja menantikan hari bahagia, Kamal berkata dia kini sedang mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.

View this post on Instagram

A post shared by K.A (@kamaladli)

Tambahnya lagi, tarikh majlis tersebut akan diumumkan apabila harinya semakin hampir dan turut meminta doa orang ramai agar dipermudahkan urusan sepanjang menuju hari perkahwinan itu nanti.

Terdahulu, Kamal telah melamar Uqasha menerusi siaran langsung di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2020) pada Disember 2020. Mereka berdua dikatakan mula menjalin cinta setelah digandingkan bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun 2019 tahun lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Tealive forever

    April 2, 2021 at 8:19 am

    What is wrong with you people. Time2 covid ni minimize jelah aktiviti yg tak perlu. Sampai 3 majlis nak org panggil wedding of the year kee?? Lepastu mesti takkan ikut sop. Kemudian beberapa hari lepas majlis keluarlah “kami pergi atas urusan kerja, bukan honeymoon.” Ahh bosan. Kita je yg mereput nak balik kg pun tak boleh. SOP utk rakyat biasa jer kannn

  2. Anonymous

    March 31, 2021 at 1:19 pm

    SOP mcm mana?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama