“Pendam ini sakit juga ya.”
Demikian luahan pelakon, Kamal Adli, 40, menerusi hantaran di Threads yang dilihat memberi bayangan mengenai situasi sukar yang sedang dilaluinya ketika ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Kamal mengakui dia perlu lebih berhati-hati dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk batas pergaulan serta kerjayanya.
“Dalam tempoh sekarang ini memang kena jaga semua benda kan? Malah dalam kerja kan? Even (walaupun) satu side (pihak) dalam iddah. Sehabis baik menjaga semua. Buat lawak, buat happy (gembira),” tulisnya.
Kamal yang juga bapa kepada anak perempuan, Hawra Uqaira berusia 22 bulan menegaskan dia tidak cuba mendekati mana-mana wanita lain, sama ada ketika bekerja mahupun di luar.
“Tak cuba nak rapat-rapat dengan mana-mana perempuan even (walaupun) bukan waktu kerja. Yang ada cuma anak saja dan bukan nak gedik-gedik dekat mana-mana tempat,” tulisnya lagi.
Dalam hantaran sama, Kamal turut meluahkan penghargaan kepada para pengikut yang sentiasa menyokongnya selain mendoakan kesejahteraan mereka.
“Rakyat, tq (terima kasih) always (selalu) teman saya. Allah bless (rahmati) semua orang. Saya sumpah korang semua kaya raya dan bahagia. I just love Hawra so much, (saya sangat sayangkan Hawra),” kongsinya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Kamal serta memuji sikapnya yang dilihat menjaga batas dan menghormati situasi yang sedang dihadapinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
