Kamal Adli Beritahu Emma Maembong Yang Zahirah MacWilson Terhegeh-Hegeh Mendekatinya

Hiburan

Kamal Adli Beritahu Emma Maembong Yang Zahirah MacWilson Terhegeh-Hegeh Mendekatinya

Wow. Semakin rumit nampaknya kontroversi yang terjadi di antara Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah MacWilson ini. Apa yang pasti, hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong sudah pun berakhir. Yang menyedihkan, nama Zahirah MacWilson tercalar kerana dilihat seolah-olah menjadi orang ketiga di dalam perhubungan pasangan itu. Enggan dipersalahkan, Zahirah tampil menjelaskan apa yang terjadi.
zahirah kamal emmaZahariah MacWilson mahukan Kamal Adli bertanggungjawab dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain atas apa yang telah terjadi. Senang kata, jangan jadi pengecut. Yang lebih mengejutkan, Emma Maembong ada menunjukkan paparan perbualannya dengan Kamal Adli tentang Zahirah MacWilson. Kata Zahirah:-

Saya bagi muat naik screenshot perbualan saya dengan Kamal sebab saya masih nampak nama saya dipetik dalam kenyataan Emma- putus hubungan. Saya terus mesej Emma tanyakan hal itu, lepas tu Emma bagi mesej dari Kamal cakap saya terhegeh-hegeh dekat dia sebab itulah saya marah.

Sebelum ini cakap kami tiada apa-apa sekarang cakap kat Emma saya pula terhegeh-hegeh dekat dia, mestilah Emma sakit hati. Kalau dah buat salah mengaku, jangan libatkan orang lain. Tiga minggu lepas saya ada berjumpa dengan Kamal, Emma dan Zul untuk selesaikan masalah ini.

Saya jelaskan perkara sebenar pada Emma, siap salam sebab ingat dah selesai. Tiba-tiba ada kenyataan dari Emma masih kaitkan nama saya lagi dalam hubungan mereka. Saya tak pernah keluar berdua dengan dia. Saya rasa macam kena tikam belakang sebab Kamal suka putar belitkan keadaan. Kalau saya nak sorok apa-apa saya tak akan ajak Emma untuk berjumpa.

kamal zahirah

Menurut Zahirah lagi, apa yang dikatakan oleh Kamal Adli kepada Emma Maembong adalah untuk menyelamatkan dirinya semata-mata. Kata Zahirah lagi:-

Saya faham Emma sakit hati dengan apa yang Kamal cakap pasal saya depan dia, tapi apa yang Kamal cakap pada Emma hanya ingin selamatkan dirinya saja. Dia kata dia akan jawab dengan media, tapi saya tahu dia tak akan mengaku salah dia. Sekarang semua sudah tunding jari pada saya

Advertisement

kamal zahirah

Kesian juga tiba-tiba nama Zahirah MacWilson terpalit dengan kisah percintaan Kamal Adli dan Emma Maembong ini, lebih-lebih bila satu Malaysia tahu yang Zul Ariffin adalah kekasih Zahirah. Apa pun pepatah “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran” amatlah sesuai untuk digunakan kepada Kamal Adli ketika ini. Semoga tabah menghadapi episod duka ini. Yang penting bunga bukan sekuntum. Sumber RotiKaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...