Trend fesyen kalungan bungan (flower crown) sudah menjadi satu populariti di kalangan negara-negara barat tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut, Ukraine adalah merupakan negara asal yang mula-mula memperkenalkan trend ini. Kalungan bunga tradisi yang diberi nama “Vinok” ini menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.
Sehingga 12 jenis bunga dianyam pada satu kalungan dan terdapat maksud-maksud tersirat bagi setiap bunga yang dikenakan itu. Contohnya, bunga ros memberi maksud cinta, bunga teratai memberi maksud kemurnian dan pelbagai lagi. Bukan sahaja rupa bentuknya yang cantik, maksud bagi setiap bunga yang dikenakan itu juga sangat indah.
Tapi malangnya kalungan bunga ini sudah jarang dikenakan oleh wanita-wanita Ukraine. Ada juga di antara mereka yang tidak pernah pun memakai kalungan ini walaupoun mereka lahir di sana. Mengenangkan akan nasib malang ini, seorang creator bernama Treti Pivni telah memulakan satu projek dengan mengumpul gambar-gambar Vinok ini untuk menaikkan kembali populariti kalungan ini.