June 3rd, 2020

Pelakon cantik yang kini bergelar Datin, Niena Baharun memaklumkan bahawa dirinya kini hampir pulih dari alahan teruk sepanjang mengandung anak keduanya kini.

Menurut Niena, atau nama sebenar, Amaniena Kamarul Baharun, 27, sejak mengandung anak keduanya, ‘morning sickness’ yang dialami agak teruk seperti tidak dapat makan seperti sedia kala sehingga berat badannya turun mendadak.

Malah, dia juga langsung tidak boleh menghidu bau makanan. Namun kini, hampir 90 peratus alahan akibat mengandung yang dialaminya sudah hilang dan kini boleh menikmati makanan seperti sedia kala.

 

 

View this post on Instagram

 

Yeay, 90% ‘morning sickness’ dah takde. Ni first pengalaman kena ‘morning sickness’ , waktu Adiel dulu memang tak merasa langsung. Betul la mak mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat. Now mommy dah boleh enjoy! Dah kurang dgn alahan bau. Dah boleh start makan banyak. Awal haritu, tengok makanan fav pun dah rasa mual apatah lagi nak makan. Sampai berat badan turun mendadak. Tapi kan satu alahan ni baru timbul. Alahan dengan udara sejuk. Hm boleh bergaduh dgn daddy dia, kadang dtg selfish daddy nak buka aircond paling sejuk. Haaa Apa pun mommy bersyukur diatas segala nikmat ini. Buat pasangan yg masih menantikan cahaya mata, kami titipkan doa semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh & solehah buat anda semua. Jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Semoga doa kita semua dimakbulkan ??

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

“Betullah mak-mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat. Sekarang mommy dah boleh enjoy! Dah kurang dengan alahan bau, dah boleh mula makan banyak,”

Namun, Niena mengakui kini terdapat alahan baru yang terpaksa dilaluinya iaitu sensitif kepada udara sejuk.

Pengalaman tersebut telah dikongsi oleh Niena di laman instagram miliknya baru-baru ini. Dalam kesempatan itu, dia juga turut mendoakan semua pasangan yang menanti akan kehadiran cahaya mata supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...