Pelakon cantik yang kini bergelar Datin, Niena Baharun memaklumkan bahawa dirinya kini hampir pulih dari alahan teruk sepanjang mengandung anak keduanya kini.
Menurut Niena, atau nama sebenar, Amaniena Kamarul Baharun, 27, sejak mengandung anak keduanya, ‘morning sickness’ yang dialami agak teruk seperti tidak dapat makan seperti sedia kala sehingga berat badannya turun mendadak.
Malah, dia juga langsung tidak boleh menghidu bau makanan. Namun kini, hampir 90 peratus alahan akibat mengandung yang dialaminya sudah hilang dan kini boleh menikmati makanan seperti sedia kala.
“Betullah mak-mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat. Sekarang mommy dah boleh enjoy! Dah kurang dengan alahan bau, dah boleh mula makan banyak,”
Namun, Niena mengakui kini terdapat alahan baru yang terpaksa dilaluinya iaitu sensitif kepada udara sejuk.
Pengalaman tersebut telah dikongsi oleh Niena di laman instagram miliknya baru-baru ini. Dalam kesempatan itu, dia juga turut mendoakan semua pasangan yang menanti akan kehadiran cahaya mata supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.