Satu perkongsian individu di laman Threads menjadi tular baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi mengenai rakan baiknya yang membalas dendam kepada individu yang telah menghancurkan rumah tangganya.
Difahamkan, rakan kepada pengguna Threads itu telah diceraikan suami gara-gara kehadiran wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Suami kawan saya disondol, tahun lepas, sampai bercerai. Kemudian kawan saya sondol pula bapa kepada perempuan yang menyondol laki dia.Sekarang kawan saya tu sudah pun berkahwin dengan bapa kepada perempuan (penyondol) tu.
Tapi bekas suami dia dan perempuan tu belum kahwin. Kawan saya cakap, seronok apabila tengok orang yang kita sayang kena sondol. Sekarang kau (penyondol) dan mak kau boleh menangis macam aku dulu. Kau kejam, aku lagi kejam.
Kongsi individu itu lagi, rakannya itu telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya yang gila akan wanita lebih muda.
Lebih menyedihkan, rakannya pernah merayu untuk diganggu rumah tangga namun wanita itu tidak mengambil peduli dan terus menganggu sehingga bercerai berai.
Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi yang rata-ratanya menyokong tindakan wanita itu.
Pertama kali aku setuju dengan penyondol.
Main bapak je sekarang. Kalau nak menyondol pastikan kau yatim piatu. Kalau tak, aku jadi mak tiri kau.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
