Dari isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis pada minggu ini, kini muncul pula sebuah lagi isu yang sama di sebuah sekolah.
Isu pemasangan bendera terbalik ini telah ditularkan dalam Twitter selepas seorang pengguna ini memuatnaik gambar sebilangan bendera kecil yang dihantar oleh pembekal ke sekolah secara terbalik.
Menteri Pendidikan Maszlee Malik menerusi akaun Twitternya pada Rabu menegaskan bahawa kementeriannya akan menyiasat dan segera mengambil tindakan berhubung isu tersebut.
Rata-rata netizen sangat marah dengan pembekal yang menjual bendera ini.
Netizen juga berharap agar Polis Diraja Malaysia membuat siasatan berkenaan isu bendera terbalik dan mengambil tindakan terhadap pembekal sebagai peringatan dan amaran.
Perkara seperti ini tidak boleh dipandang remeh oleh semua orang.
Sayangi Malaysiaku Selamanya! Isu ini harus diambil serius.
Sumber: Twitter