Pelakon Nadia Brian dan Zizan Razak yang sebelum ini menjadi ‘usikan’ peminat apabila tampil bergambar bersama dan kelihatan serasi bersama.
Disebabkan oleh foto tersebut, ramai peminat mendoakan agar Nadia dan Zizan menjadi pasangan kekasih sehingga ke jinjang pelamin.
View this post on Instagram
Nadia yang ditemui sebuah media baru-baru ini berkata dia berasa lucu kerana tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Ujar Nadia, dia sudah mengenali Zizan sejak beberapa tahun lalu dan memang selesa berkawan dengan pelakon dan juga pelawak tersebut.
Jika sebelum ini mereka berdua pernah berlakon bersama dalam teater Bikers Kental di Istana Budaya, kebetulan pula Nadia memperoleh peluang untuk bergandingan sekali lagi dengan Zizan dalam filem Rumah Maduku Berhantu yang khabarnya baru sahaja tamat penggambaran baru-baru ini.
View this post on Instagram
Malah, spekulasi itu bertambah kuat apabila Nadia turut meraikan ulang tahun kelahiran Zizan baru-baru ini.
Menganggap semua itu hanya kebetulan, Nadia mengakui bahawa Zizan sentiasa membuatkan hari-harinya bertambah ceria malah tidak menolak jika ditakdirkan berjodohan bersama.
View this post on Instagram
Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu juga menafikan dakwaan sesetengah orang yang menyatakan Zizan merupakan seorang ‘playboy’ dan menganggap rakan artisnya itu bertuah kerana dianugerahkan bakat untuk melawak dan membuat orang ketawa.
“Saya mohon doa daripada peminat supaya doakan kebahagiaan kami. Kalau Zizan jodoh saya, saya tak mampu menolak, tapi kalau jodoh saya dengan orang lain pun, doakan saya bahagia. Begitu juga untuk dia. Saya pun kalau boleh nak berumah tangga semula sebelum usia 35 tahun..” ujar Nadia mengakhiri temubual.