“Kalau Yang Bernilai Di Sisi Allah, Saya Terima” – Abby Abadi Tak Bersara Dari Dunia Lakonan, Cuma ‘Memilih’ Watak

Hiburan

“Kalau Yang Bernilai Di Sisi Allah, Saya Terima” – Abby Abadi Tak Bersara Dari Dunia Lakonan, Cuma ‘Memilih’ Watak

Pelakon sensasi, Abby Abadi memaklumkan bahawa dia kini lebih selesa berniaga namun tidak bersara daripada dunia hiburan dan lakonan.

Aktres yang terkenal dengan drama Gerak Khas ini menegaskan bahawa dia hanya akan menerima tawaran berlakon jika ditawakan watak yang mempunyai nilai di sisi Allah.

Advertisement

Kini sibuk berniaga

Jika tiada, Abby berkata dia lebih selesa berniaga dan melakukan sesuatu yang diredai Allah.

Ada yang tanya, akak dah tak berlakon? Menyanyi pun dah tak jugak ye kak? Tahu apa kita jawab? Insya-Allah kalau ada offer watak-watak yang bernilai di sisi Allah, kita join. Kalau tak ada kita berniaga jelah.

Memilih watak, yang penting diredai Allah

Tambahnya lagi, dia enggan berlakon jika terlalu banyak ‘pantang larang’, waktu penggambaran yang terlalu panjang dan watak yang dibenci masyarakat.

Kita pun tak nak lah, kalau sibuk nak shooting balik, terutama drama panjang-panjang. Banyak pantang larang. Nanti buat orang benci pula dengan kita kan.

Baik kita usaha buat apa yang kita suka, yang paling penting Allah reda.

Terkini, Abby baru sahaja menjalani penggambaran bersama anak perempuannya, Danisha dalam program masakan terbitan Astro.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah Liyana
11 months ago

"Allah Ada, Lawan Tetap Lawan" - Disaman RM1 Juta Oleh Puteri Sarah Liyana, Bekas Pekerja Kekal Tenang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...