Melalui platform Facebook, bekas timbalan presiden PKR iaitu Rafizi Ramli, mengkritik tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta pelajar sekolah menengah untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Sekolah tempat menuntut ilmu bukan politik
Dalam hantaran video yang dimuat naik, Rafizi menegaskan sekolah merupakan tempat pelajar untuk menuntut ilmu serta membentuk sahsiah, bukannya platform untuk luahan politik.
Kalau ya pun dia sangat cintakan PMX dan mahu buktikan kesetiaan, cukup dengan ucapan dari dia sendiri, tak perlu libatkan murid-murid.
Difahamkan kejadian tersebut telah menarik perhatian ramai susulan tular video memaparkan Fadhlina mengajak murid-murid untuk mengucapkan “Happy Birthday PMX, We Love You” kepada PM sempena ulang tahun kelahiran yang ke-78 pada 10 Ogos lalu.
Rasa malu dengan Fadhlina
Bila dia buat begitu, nanti di masa akan datang tak salahlah menteri-menteri pendidikan akan datang meminta murid-murid, pelajar dan siswa menyatakan taat setia dan kecintaan kepada pemimpin lain.
Tambahannya lagi, kritikan kali ini diakui sukar susulan ia melibatkan rakan parti sendiri.
Tapi kini bila menteri pendidikan dari PKR sendiri yang buat, saya pun rasa malu. Lepas ni orang PKR tak boleh kritik dah kalau ada ahli politik masuk sekolah dengan mesej politik.