“Kalau Wujud Sila Muncul” – Ellie Suryati Bimbang Azri Iskandar Kena ‘Catfish’, Minta Dr Azra Dedah Siapa Diri

Hiburan

“Kalau Wujud Sila Muncul” – Ellie Suryati Bimbang Azri Iskandar Kena ‘Catfish’, Minta Dr Azra Dedah Siapa Diri

Pelakon sensasi, Ellie Suriaty menggesa agar teman wanita bekas suaminya yang dikenal sebgai Dr Azra agar tampil membuat kemunculan jika benar dia ‘wujud’ di dunia sebenar.

Ujar Ellie, dia tidak menghalang bekas suaminya itu untuk berkahwin lain namun bimbang Azri Iskandar ditipu oleh sebarang ‘catfish’ ataupun ‘love scam’.

Advertisement

Ini kerana menurut aktres itu, identiti sebenar wanita yang dikenali sebagai Dr Azra itu seolah-olah masih samar-samar dan dia juga tidak menemui sebarang maklumat terperinci mengenai individu itu di internet.

Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.

Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya.

Ellie yang dihubungi mStar Online turut tertanya-tanya sama ada wanita itu sememangnya ‘scammer’ ataupun sekadar peminat.

Dia juga meminta agar tidak menyorok dan tampilkan diri supaya tiada sesiapa yang tertipu dalam perkara ini.

Terdahulu, Azri Iskandar mendedahkan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Dr Azra selepas dia dan bekas isteri, Ellie berpisah pada 17 Mei lalu.

Kemudian, muncul pula seorang wanita yang dikenali sebagai F dan mendakwa Azri pernah mengajaknya untuk berkahwin.

Dalam pada itu, Ellie berkata dia tidak boleh membenci bekas suaminya itu kerana mereka sudah hidup lama sebagai suami isteri dan turut mempunyai anak hasil perkahwinan mereka berdua.

“Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapakan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.” kata Ellie lagi.

ellie suriaty hanya mahu azri setia
6 bulan lalu

"Kadang Dia Seperti Tak Hidup Dalam Rumah.." - Ellie Suriaty Akui Hanya Mahu Azri Iskandar Setia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    June 17, 2022 at 3:38 pm

    Nununana, kelakar ke, tolong la cari…

  2. nununana

    June 17, 2022 at 1:11 pm

    cari kat internet je ke? ? kelakarlah..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...