“Kalau Ustaz Cium Kamu Boleh Kan?”, Mudir Minta Pelajar Temankan Tidur Dengan Alasan Takut Hantu

Trending

“Kalau Ustaz Cium Kamu Boleh Kan?”, Mudir Minta Pelajar Temankan Tidur Dengan Alasan Takut Hantu

Dengan menggunakan alasan takut hantu, seorang mudir berjaya menipu pelajar untuk menjadi teman tidurnya hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu songsangnya. Kegiatan guru agama itu berjaya dibongkarkan oleh seorang aktivis iaitu Syed Azmi yang membantu menyiasat kes ini.

Seorang pelajar di pusat agama itu mendedahkan dirinya dicabul dari segi emosi dan fizikal oleh guru agamanya. Untuk pengetahuan anda, Syed Azmi merupakan aktivis yang aktif membantu kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dan remaja.

Advertisement

Berkat ustaz

Perbualan intim diantara mudir yang dipanggil ustaz itu bersama pelajar ini sudah bermula sejak bulan Jun yang lalu. Berdasarkan transkrip perbualan yang dikongsikan, ustaz itu cukup mesra sehingga sanggup menghantar mesej pada lewat malam.

mesej mudir

mesej mudir

Bila mudir dia bagi ceramah kat masjid, dia nampak lepas habis, ramai nak minum air dari bekas cawan mudir tu. Jadi ingat kalau mudir nak cium pipi dan mulut dapatlah berkat. Dia buat tu dalam 3 kali tapi takde orang nampak.

Ustaz minta cium

“Siapa pernah cium kamu selain ustaz? Nanti lepas raya ustaz selalu cium kamu ye?”

mesej mudir

mesej mudir

mesej mudir

Perbualan di antara ustaz dan pelajar ini menjadi bukti di dalam kes pencabulan yang dikongsikan oleh Syed Azmi ini. Beliau sendiri telah berjumpa dengan mangsa bersama ibu bapanya dan bertanyakan beberapa soalan kepada mangsa bagi mendapatkan kepastian dari mangsa sendiri.

“Tak rasa apa apa ke bila mudir ajak cium mulut dan pipi?”
“Tak, sebab nak dapat berkat dari ustaz.”

Teman tidur

Pelajar ini turut mendedahkan ustaz ini akan mengajaknya untuk tidur sekali kerana takut untuk tidur sendiri disebabkan takut hantu. Alasan takut kepada hantu itu digunakan sebagai umpan supaya pelajar akan temankannya tidur dan kebiasaanya memang ramai pelajar yang percaya padanya.

Sepanjang tahun 7 kali mudir ajak tidur bilik. Dia nanti suruh pelajar lain panggil saya pergi tidur kat bilik dia. Saya tak nak tapi saya tahu kalau saya tak ikut arahan, pelajar yang membawa pesanan tu yang akan kena denda. Diorang pun takut nak lawan cakap mudir.

pelajar tahfiz

Syed Azmi bersama mangsa

Apa yang mudir buat?
Dia akan ajak saya ke katil dia, dia akan bogel dan bogelkan kita dan lepas tu dia buat.
*Sorry, the image is just too much for me.

Menurut beliau, ibu bapa pelajar tersebut telah berjumpa dengannya untuk tahu bagaimana kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi. Mereka juga perlu mengadakan perbincangan prosedur operasi standard (SOP) dan akujanji di sekolah. Kedua-dua perkara itu perlu dibuat untuk mengelakkan fitnah di sekolah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...