Pelakon jelita, Puteri Aishah yang kini bergelar isteri menafikan bahawa dia cuba untuk ‘menyorok’ suami sendiri di media sosial.
Kata pelakon filem Pulang ini, dia bukan sengaja jarang berkongsikan perihal suaminya kepada peminat tetapi pasangannya itu seorang yang sukakan privasi.
Dia sukakan privacy. Kadang tu, kalau saya muat naik gambar dia, dia minta saya pada. Dia tak suka sangat benda-benda tu dan tak aktif pun di media sosial.
Kalau follow dia pun, gambar terakhir dia muat naik adalah ketika kami berkahwin. Kalau jumpa depan-depan dia seorang yang peramah cuma di media sosial sahaja dia tak aktif.
Malah, cerita Puteri Aishah lagi, suaminya itu pernah dimarahi pengguna media sosial kerana tidak ‘approve’ mereka di akaun Instagram.
Suaminya juga agak terkejut kerana terlalu ramai peminat cuba untuk ‘request’ untuk mengikutinya di Instagram namun Puteri Aishah memberitahu pasangannya itu bahawa ia adalah perkara biasa.
“Dia juga ada dapat dm yang sampai nak marah ‘boleh approve tak? susah sangat ke nak approve? saya jadi tergelak tengok reaksi dia.” katanya.
Terdahulu, Puteri Aishah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Muhammad Firdaus dengan sekali lafaz pada 11.15 pagi tanggal 20 November 2021 yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.