Kalau Tidak Puas Hati Jumpa Sahaja Saya – Janna Nick

Hiburan

Kalau Tidak Puas Hati Jumpa Sahaja Saya – Janna Nick

Sejak kebelakangan ini, pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Janna Nick sering dihimpit dengan pelbagai gosip dan kontroversi. Janna juga dituduh sering berlagak diva dan tidak begitu mesra dengan pihak media.

Advertisement

Namun, Janna tidak cepat melatah dan memberitahu beliau bersedia untuk bertemu empat mata dengan sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengannya, untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Janna bukanlah seorang yang suka untuk melarikan diri daripada masalah kerana tidak mahu perkara terus berpanjangan.

Andai ada masalah dengan saya, datanglah berjumpa dan saya boleh jelaskan serta pastikan segalanya diselesaikan dengan baik.

Walaupun ada sekelumit rasa tidak seronok, datanglah jumpa saya dan selesaikan. Saya sangat terbuka dan tidak akan simpan dalam hati. Saya biarkan mental kawal emosi lebih daripada emosi mengawal mental saya.

Memang tidak seronok kalau ada orang bercerita perkara yang tidak benar dan main cakap belakang sahaja. Janna pun sudah tawarkan diri untuk selesaikan cara baik sekiranya ada yang tidak puas hati dengannya.  Tidak elok juga memanjangkan sesuatu perkara.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...