Pempengaruh media sosial, Syedot ASMR sebelum ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada ‘influencer’ Liana Beep Beep kerana telah mendedahkan cerita lama mengenai hubungan mereka di satu saluran podcast.
Bukan sahaja meminta maaf, Syedot juga tampil menjelaskan isu sebenar berkenaan kenyataannya dalam podcast tersebut dan turut mengajak Liana untuk tampil bersemuka bagi meleraikan isu yang semakin hangat itu.
Saya amat menyesal dengan perbuatan ini, saya ingin minta maaf atas segala percakapan dan perbuatan saya.
Jika berkesempatan untuk kedua-dua pihak bertemu, saya akan ambil peluang itu untuk memohon maaf secara berdepan.
Berikutan itu, Liana menerusi satu kenyataan di Instagram Story tampil memberi respon berkenaan hal itu.
Kalau terpaling benar kenapa tutup komen? Tolong bertindak matang sepertimana usia awak.
Saya tidak akan cover untuk awak lagi dah. Tak kisah kesian atau tidak, aib ke tidak, saya akan cerita. Sebab awak langsung tak faham erti perkataan tanggungjawab dan bercakap benar.
Namun tidak dapat dipastikan apakah tindakan wanita yang terkenal dengan kandungan tempat makanan viral itu sama ada ingin menyaman atau menerbitkan lagi video penjelasan seterusnya di media sosial.