Teruk dikecam bergelek sakan di Konsert HAUSBOOM Music 2023 pada hujung minggu lalu, penyanyi dangdut Baby Shima memberikan respon berhubung isu itu.
Kata Shima, dia tidak tahu bahawa video mempamerkan dirinya bergelek itu tular di media sosial dan dianggap keterlaluan.
Dia juga merasakan bahawa gelekan itu merupakan aksi biasa bagi persembahan dangdut.
Apa yang dikongsi di laman sosial hanya potongan video dari pelbagai sudut. Video tular diambil dari arah belakang, jadi kelihatan keterlaluan. Kalau lihat secara langsung, gelekan saya tidaklah teruk sangat.
View this post on Instagram
Tambah Shima, rata-rata penonton yang hadir ke konsert tersebut nampak begitu terhibur dan enjoy dengan persembahannya itu.
Jelas pelantun lagu Roadblock Hatiku itu, dia tidak berniat untuk mencabar mana-mana pihak meskipun apa sahaja dilakukannya sering menjadi perhatian netizen.
Sedangkan jika mengikut dangdut sebenar, gelekan lebih dahsyat lagi. Apa yang ditonjolkan tak sampai 50 peratus.