“Kalau Tengah Ada Job, Sentiasalah Beringat” – Hanya Mahu Tampak Glamor, Kuza Pesan Rakan Artis Jangan Boros

Hiburan

“Kalau Tengah Ada Job, Sentiasalah Beringat” – Hanya Mahu Tampak Glamor, Kuza Pesan Rakan Artis Jangan Boros

Tampil menasihati rakan artis agar tidak terlalu mementingkan gaya hidup mewah ketika nama sedang berada di puncak, pelakon Kuza akui sebagai artis mereka perlu sentiasa beringat akan nasib dan lumrah kehidupan sebagai anak seni.

 Hanya Mahu Tampak Glamor, Kuza Pesan Rakan Artis Jangan Boros

Advertisement

Hal ini kerana, sebagai pelakon beliau sendiri akui ada pasang surutnya dalam menempuh dugaan bergelar seorang selebriti.

“Kita kena sentiasa beringat. Kalau kita ada job (tawaran kerja) pada hari ini, kena fikir kalau tiga bulan lagi akan ada job ke tidak. Janganlah kalau kita ada duit hari ini, kita terus berbelanja sebab nak tunjuk kita ini glamor dan mewah, tapi hakikatnya susah.

Menurutnya, beliau mendedahkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, ramai rakan artis yang terkesan berikutan tiada tawaran lakonan termasuk dirinya.

 Hanya Mahu Tampak Glamor, Kuza Pesan Rakan Artis Jangan Boros

Tambah Kuza, beliau dilihat tidak segan mengakui penerimaan terhadap pelakon senior atau veteran di industri hiburan di negara kita jauh berbeza tidak seperti di negara luar.

“Sepatutnya lagi banyak pengalaman, lagi dihargai dan mempunyai nilai yang lebih. Tapi kita di sini, makin berusia seolah-olah makin dipandang sepi. Memang kecewa dan terkilan daripada segi bayaran. Harapnya satu hari mereka buka mata dan dapat ubah,”

Rentetan itu, beliau dikhabarkan giat melakukan aktiviti perniagaan kuih tart sebagai punca pendapatan sampingan.

 Hanya Mahu Tampak Glamor, Kuza Pesan Rakan Artis Jangan Boros

“Berniaga kuih tart itu sebagai kerja sampingan sahaja. Lagipun saya tak nak buang masa, daripada duduk sahaja di rumah tak berlakon, lebih baik kita cari duit berniaga.”

Terdahulu, Kuza mendedahkan bahawa dirinya kini sudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak setahun yang lalu selepas 12 tahun hidup bersama.

Namun, enggan mendedahkan secara terperinci mengenai punca perpisahannya itu.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...