“Kalau Takut, Jangan ‘Post’ Langsung!” – Tak Tunjuk Muka Bilal Sebab Elak Penyakit ‘Ain’, Neelofa Dikecam Sebab ‘Mengundang’?

Hiburan

“Kalau Takut, Jangan ‘Post’ Langsung!” – Tak Tunjuk Muka Bilal Sebab Elak Penyakit ‘Ain’, Neelofa Dikecam Sebab ‘Mengundang’?

Sebelum ini, usahawan serta pengacara popular iaitu Neelofa ada membuat pengumuman akan menunjukkan wajah anak sulung, Muhammad Bilal kepada umum apabila sudah tiba masa yang sesuai kerana ingin elak dari terkena penyakit ‘ain’.

Meskipun Neelofa mengambil serius mengenai hal terbabit, ada juga sesetengah netizen merasakan perkara tersebut sebagai gurauan di media sosial.

Advertisement

Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain’ lah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Neelofa memberitahu hal berkenaan apabila ditemubual oleh pihak Media Hiburan dan perkara itu telah membuat ramai netizen meninggalkan pandangan mereka sendiri mengenai isu tersebut.

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan respon seakan-akan tidak bersetuju dengan statement yang dikeluarkan oleh pengacara terbabit.

 

komen netizen

Menurut netizen, seandai Neelofa memang ingin ‘menyorokkan’ wajah anak lelakinya, dia tidak perlu menunjuk langsung Bilal di media sosial. Perkara seperti meletak emoji di muka ataupun tunjuk sisi muka anak tidak perlu dilakukan.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang merasakan Neelofa sendiri yang mengundang orang ramai untuk mengecam ataupun bercakap sesuatu mengenai anaknya.

Sekadar info, beberapa hari lalu, bekas pengacara MeleTOP itu telah membuat kejutan dengan memaparkan wajah anak lelakinya buat pertama kali kepada umum dan sememangnya mendapat perhatian yang cukup hebat daripada warganet serta rakan selebriti.

2 years ago

(VIDEO) "It's Your Right" - Akhirnya Dedah Wajah Bilal, Netizen Simpati Dengan Neelofa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...