“Kalau Takut Dipukul Ombak, Jangan Join FAM…” Hampir 400 Ribu Orang Sebulat Suara, Presiden FAM Letak Jawatan

Branded

“Kalau Takut Dipukul Ombak, Jangan Join FAM…” Hampir 400 Ribu Orang Sebulat Suara, Presiden FAM Letak Jawatan

“Bola sepak ni, dah jadi budaya rakyat Malaysia…”

 

Penat, lelah, bertarung hanya demi membanggakan penyokong dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Namun, tiada yang tahu jatuh, bangun mereka. Kisah di sebalik kemenangan, dikaburi dengan semangat juang yang tiada henti.

Tapi, adakah usaha mereka dihargai?

Baru-baru ini, telah tular di laman sosial satu video yang memaparkan pemain bola sepak negara, Faisal Halim yang menegur tindakan seorang peminat bola sepak. Eh, kejap kenapa pula ni?

Faisal Halim dilihat, pakai baju cashier?

Faisal Halim Berjaya Menarik Perhatian Ramai Melalui Trailer Harimau Malaya

Fuh, movie trailer rupanya. Ingatkan Faisal Halim dah tukar kerjaya tadi.

Ha, kalau korang nak tahu, naskah epik yang dibintangi barisan pelakon ternama seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aiman Hakim Redza dan Amelia Henderson ini merupakan filem terbaru arahan Datuk Afdlin Shauki iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey.

Filem terbitan 4ward Entertainment ini bertemakan kenegaraan serta perpaduan yang berjaya mengangkat semangat sukan bola sepak tanah air dan menjanjikan hiburan yang dapat menyentuh hati peminat filem tempatan dan pastinya ‘kaki bola’.

Psst! Kalau Faisal Halim jadi cashier dalam filem ni, Kim Pan-Gon pulak membawakan watak apa ya agak-agaknya?

Kalau anda rindukan wajah coach tercinta ni, jom set date dengan kami beramai-ramai ke pawagam di seluruh Malaysia bermula 15 Ogos ini!

Pencarian Pelapis Muda Yang Bakal Menggantikan Harimau Malaya Diteruskan

Selari dengan objektif mereka bagi meraikan kecemerlangan skuad kebangsaan Harimau Malaya, Nashrul Nasir dan Alif Nabil yang merupakan penerbit filem Harimau Malaya: The Untold Journey telah melancarkan liga bola sepak Harimau Malaya Junior Cup.

Liga bola sepak ini telah bermula sejak 20 Julai yang lalu bagi Zon Timur dan Zon Utara, manakala Zon Selatan dan Zon Tengah diadakan pada 27 Julai.

Bertujuan mencari yang terbaik diantara yang terbaik bagi membentuk pelapis muda yang menghargai sukan Malaysia, 16 pasukan terpilih akan dipertemukan di acara kemuncak pada 10 Ogos 2024, bertempat di Xfox Arena, Subang Bestari.

Ha, tunggu apa lagi? Jom, tunjukkan sokongan anda bersama-sama terhadap filem tempatan dan juga bakal pelapis yang akan meneruskan perjuangan Harimau Malaya suatu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...