Umum sedia tahu pelakon, Zul Ariffin telah mengaku bersalah atas kesalahan memuat naik kandungan sumbang di media sosial pada Mac lalu.
Perkara itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuklah rakan artis seperti pelawak, Harith Iskander yang memberi pandangan tentang isu tersebut.
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Harith, dia berasa keliru dan mempersoalkan tanggungjawab pihak terlibat yang memberikan final version untuk dimuat naik oleh pelakon itu.
Tapi siapa bertanggungjawab untuk storyboard, skript, shoot dan edit? Kalau tak nak diuploadkan kenapa beri final version kepada pelakon?“
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelawak berkenaan dan menganggap pihak terlibat bersikap lepas tangan tentang isu berikut.
Sekadar info, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas memuat naik klip video sumbang yang dipercayai daripada sedutan sebuah drama yang dilakonkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: