“Kalau Takdir Boleh Dibayar, Saya Nak Jadi Macam Rosyam Nor..” – Datuk Aliff Syukri Kongsi Kenapa Dirinya ‘Lembut’

Kehidupan

“Kalau Takdir Boleh Dibayar, Saya Nak Jadi Macam Rosyam Nor..” – Datuk Aliff Syukri Kongsi Kenapa Dirinya ‘Lembut’

Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri, mengakui dirinya mempunyai sisi feminin, namun menegaskan perkara itu bukanlah hasil pilihan atau niat untuk meniru gaya wanita.

Menurut Aliff, 38, kecenderungan tersebut sudah wujud sejak kecil kerana dia dibesarkan dalam persekitaran yang dikelilingi wanita dalam kalangan ahli keluarganya.

Advertisement

Ramai yang tanya kenapa saya lembut? Saya tidak menafikan dan saya sendiri tidak mahu jadi lembut.

Kalau boleh memilih, saya nak jadi macam Rosyam Nor atau Aaron Aziz. Tapi, apakan daya, takdir Allah, suara saya tak boleh diubah,” katanya menerusi podcast Show Dalam Bilik yang disiarkan di YouTube OhBulanOfficial.

Secara berseloroh, Aliff berkata jika takdir boleh diubah, dia mahu menjadi lelaki yang gagah dan penuh maskulin.

Kalau takdir boleh dibayar, saya akan mohon pada Allah nak jadi lelaki Melayu terakhir. Tak perlu la jual jamu lagi, mungkin saya boleh tewaskan Meerqeen dan yang lain.

Mengimbas zaman kecilnya, Aliff menceritakan bahawa dia membesar di kampung dalam keluarga besar yang mencecah lebih 100 orang ahli  kebanyakannya terdiri daripada wanita.

Orang dulu-dulu duduk satu kampung makcik, pakcik, sepupu semua berdekatan. Dalam ramai-ramai itu, cuma tiga atau empat orang saja lelaki, selebihnya perempuan. Jadi saya membesar dengan kawan-kawan perempuan.

“Saya main pondok-pondok, masak-masak… rasa macam saya pun wanita. Mungkin sebab itulah saya nampak lebih feminin, tapi itu bukan bermakna saya tidak menjadi lelaki,” jelasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-08 10:12:20

“Dah Masuk IC Pun Tak Dapat Subsidi!” – Ifa Raziah Bengang Tak Dapat Nikmati Harga Budi95 Di Stesen Minyak Johor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...