Sebuah pemilik perniagaan dessert table meluahkan rasa terkilan apabila diminta menaja dekorasi dan hidangan manisan untuk majlis hari jadi seorang selebriti yang juga merupakan hos TV dan penyampai radio.
Lebih mengecewakan, permintaan itu datang tanpa sebarang bayaran dengan hanya “balasan” berupa posting di media sosial sebagai promosi.
Kalau tak ada duit, tak payah buat grand grand. Kedai mamak banyak, buat je kat sana ramai-ramai.
Tambahnya,
Saya seriously rasa sponsoring things ni tak beri apa-apa impak pun. Especially bila nak sponsor nama-nama besar atau big company.
Menurutnya lagi, kos penyediaan sebuah dessert table untuk majlis eksklusif bukan murah malah boleh mencecah lebih kurang RM1,500 tak termasuk lagi bayaran tenaga kerja, hiasan dan pengangkutan.
Dia turut menegaskan bahawa sebagai perniagaan kecil, mereka tidak mampu menanggung permintaan kolaborasi yang hanya menguntungkan sebelah pihak.