Timbul khabar angin mengatakan rumah tangga sukarelawan banjir yang dikenali ramai iaitu Abang Viva bersama isteri, Evanoza Zakaria kini alami masalah.
Posting yang dibuat oleh suami isteri seolah-olah meluahkan rasa kecewa sebelum ini telah mengundang perhatian ramai.
Apabila dihubungi oleh pihak mStar, wanita tersebut akui kini alami kemelut rumah tangga dan tidak menolak jika takdirnya berpisah dengan suami.
Sebelum ini, Abang Viva atau nama sebenar, Azwan Omar pernah berkata di dalam live TikToknya seperti memberi bayangan akan keluar rumah dan tinggal berasingan dengan isteri.
Kalau betul dia sayang kat saya, kalau betul dia perlu saya, kalau betul hati dia masih lagi dekat saya, carilah.
Mengulas mengenai live ini, Evanoza berkata dia menonton sedutan tersebut ketika dirinya berada di Kemaman, Terengganu.
Namun kata isteri sukarelawan banjir itu, Abang Viva masih menetap bersamanya di rumah kediaman mereka di Cheng, Melaka.