Satu perkongsian berbaur fitnah yang mengaitkan dirinya dengan isu politik telah membuatkan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel tampil membela diri di Twitter.
Dalam perkongsian yang dimuat naik seorang individu itu, dia mendakwa pelakon itu sebagai ‘barua’ kerana ada menyertai satu perbincangan dengan seorang ahli politik bagi tujuan membangunkan kawasan Rengit.
Masa PRU dapat job PN, masih tak cukup ke? belah BN pun nak balun.
Enggan berdiam diri, Aeril membalas ciapan individu itu dan menjelaskan perkara yang sebenar.
Kau kalau tak tahu cerita jangan buat cerita. Aku jumpa dia sebab dia DUN rengit kampung aku. Aku nak buat masjid tempat kampung aku. Mestilah kena jumpa YB sini.
Aeril juga meluahkan rasa bingung dengan sikap sesetengah individu yang bertindak mempolitikkan segala perkara yang dilakukan selebriti di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.