“Kalau Tak Suka, Tak Payah Tengoklah..” – Mira Filzah

Hiburan

“Kalau Tak Suka, Tak Payah Tengoklah..” – Mira Filzah

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah,27, memberitahu bahawa dia kembali aktif di saluran Youtube peribadi miliknya sejak sebulan lalu kerana ingin berkongsi kepada peminat tentang aktiviti yang dilakukan bersama suaminya, Wan Emir Astar, 30, sepanjang mereka berumah tangga.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia kini lebih bersemangat untuk memuat naik video di platform itu berbanding sewaktu dia masih bujang dahulu.

Advertisement

Meskipun sudah mempunyai saluran Youtube tersebut sejak tahun 2017 yang lalu, Mira mengakui bahawa dia berasa ‘malas’ jika sekadar berkongsi perkembangan dirinya sendiri berbanding kini sudah mempunyai suami di sisi.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Menggunakan nama rasmi #EmirAmirah sebagai nama saluran Youtube miliknya, pasangan bahagia ini turut tidak terlepas daripada komen sinis serta kritikan netizen. Ini berikutan, ada sesetengah netizen yang berasa meluat dengan kemesraan yang ditonjolkan Mira dan suami dalam video mereka.

“Meluat dan mengecam itu kita tak boleh nak kawal, Saya pun tak paksa tengok. Kalau tak suka, tak payah tengoklah. Janganlah tak suka tapi tetap tengok juga selepas itu mengecam saya. Tak baik..”

Dengan nada berseloroh, Mira turut menambah bahawa hal-hal seperti itu adalah normal dan sempat menyarankan netizen yang kurang senang melihat mereka berdua agar mengabaikan sahaja video-video tersebut.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...